Muaythai Fit Warrior Zon Timur 2012
>> Sunday, April 22, 2012
Buat pertama kalinya Kemaman Do-Jang di bawah panji Persatuan Muaythai Terengganu (PMT) menghantar nakmuay ke Muaythai Fit Warrior. Sebelum ini fighter PTNT seperti Nasree, Nasirewan, Badri, Aizuddin dan Idris telah menyertai Ultimate Warrior Zon Timur anjuran KBS di Besut, telah berjaya menaikkan nama PTNT terutamanya Nasree Najmi yang menggegarkan gelanggang dengan teknik-teknik pantas dan kuat.
Pada awalnya Kemaman Do-Jang menyenaraikan nakmuay Nasree, nakmuay Nasirewan, nakmuay Iwan "Tati" dan nakmuay Tuan "Mat-Sang" untuk ke Fit Warrior, tetapi terhalang oleh sebab tugasan dan peperiksaan. Hanya nakmuay Mat-Sang sahaja yang berjaya mendapat pelepasan dari tempat belajarnya. Bagaimanapun MatSang bukanlah pilihan utama pasukan PMT kerana masih baru menyertai kelas di Kemaman Do-Jang tetapi antara yang berbakat besar boleh diketengahkan. Mat-Sang tewas di peringkat kedua.
Secara rasminya peserta yang didaftarkan di bawah Terengganu menurut Persekutuan Muaythai Malaysia adalah seramai 20 orang, majoritinya daripada Besut.
Matlamat utama Kemaman Do-Jang di bawah PMT pimpinan Master Najmi adalah
untuk memartabatkan sukan Muaythai Amatur di peringkat sekolah-sekolah
kelak dan bekerjasama dengan perguruan-perguruan tomoi dalam negeri ini.
Semoga fighters PTNT / PMT akan bertambah maju dalam perkembangan dan
penguasaan seni mempertahankan diri, tidak kira taekwon-do, karate-do
atau muaythai.
Abg Boy : Ketua Pengadil yang banyak juga memberi tunjuk ajar kpd kami
Bersama Ayah Li (Ramli), guru tomoi Jertih - telah melahirkan nakmuay-nakmuay di persada antarabangsa. Antara pesanan beliau : "Nakmuay yang mari belajar dengan kita akan reti baser dan molek belake, syarat nak mari belajar kena peringat awal-awal pertama jangan hisap rokok, kedua jam 10 malam duk rumah doh, dok buleh keluar duk wakaf". "Nakmuay ni kena train lasak, 10km lari, neting atah tayar, main tali skipping, latih tekuk...kena kerah, rajin, dokleh malahh berlatih"...
Kami menerima layanan yang amat baik daripada wakil tuan rumah iaitu En.Nik Razizi dan pegawai-pegawai Persatuan Tomoi Kelantan dan team teknikal PMM. Terima kasih, semoga kerjasama dapat dijalinkan dan dipermudahkan Allah Taala.
Keputusan Fit Warrior Zon Timur 2012:
Kategori 48 - 51 kgs
Juara : Wan Rosli bin Abd Manaf -Kel
N.Johan: Mohd Isma Izzuddin -Kel
Kategori 51 - 54 kgs
Juara: Mohamad Fikri - Kel
Naib Johan: Nik Roslan -Trg
Kategori 54 - 57 kgs
Juara : Mohd Saiful - Trg
N.Johan: Ain Kamaruddin - Trg
Kategori 57 - 60 kgs
Juara: Mohd Badrul Hisham Reziki - Kel
Naib Johan: Mohd Hafiz Salim - Kel
Kategori 60 - 63.5 kgs
Juara: Mohd Rafi Abd Manaf - Kel
Naib Johan: Muhammad Koha - Kel
Kategori 63.5 - 67 kgs
Juara : Mohd Nooramin - Kel
N.Johan: Mohammad Awang - Kel
Kategori 67 - 71 kgs
Johan: Ismail Ramli (Trg)
Naib Johan: Taufik Adura
-- Data keputusan oleh En. Nik Razizi Nik Abdul Rahim dari Pers.Tomoi Kelantan.
Juara : Wan Rosli bin Abd Manaf -Kel
N.Johan: Mohd Isma Izzuddin -Kel
Kategori 51 - 54 kgs
Juara: Mohamad Fikri - Kel
Naib Johan: Nik Roslan -Trg
Kategori 54 - 57 kgs
Juara : Mohd Saiful - Trg
N.Johan: Ain Kamaruddin - Trg
Kategori 57 - 60 kgs
Juara: Mohd Badrul Hisham Reziki - Kel
Naib Johan: Mohd Hafiz Salim - Kel
Kategori 60 - 63.5 kgs
Juara: Mohd Rafi Abd Manaf - Kel
Naib Johan: Muhammad Koha - Kel
Kategori 63.5 - 67 kgs
Juara : Mohd Nooramin - Kel
N.Johan: Mohammad Awang - Kel
Kategori 67 - 71 kgs
Johan: Ismail Ramli (Trg)
Naib Johan: Taufik Adura
-- Data keputusan oleh En. Nik Razizi Nik Abdul Rahim dari Pers.Tomoi Kelantan.